APA BEZA? PETROL DAN LUBRICATING OIL(MINYAK PELINCIR)
"Nak singgah petrol pump sat, nak isi minyak"
"Kereta nak kena tukaq minyak hitam, kalo tak tukaq lama2 enjin rosak"
Okay, ni bahasa pasar yang orang kita selalu sebut berkaitan kereta. Nak isi minyak tu merujuk pada Petrol, nak tukaq minyak hitam tu merujuk pada Lubricating Oil.
Jom faham beza antara Petrol dan Lubricating Oil ni. Dua2 adalah produk petroleum yang keluar dari bawah tanah.
Jika anda lihat pada gambar Distillation Tower, Petrol atau Gasoline berada di bahagian atas manakala Lubricating Oil berada di bahagian bawah.
Ini kerana Petrol memiliki boiling point yang lebih rendah dan mudah meruap manakala Lubricating Oil memiliki boiling point yang lebih tinggi dan sukar meruap.
Petrol bertindak sebagai bahan bakar untuk kereta. Ia dihasilkan melalui 'fractional distillation' yang memecahkan minyak mentah menjadi pelbagai produk2 petroleum.
Petrol adalah produk petroleum yang paling banyak digunakan sebab ia diperlukan oleh kebanyakan kenderaan2 'internal combustion engine'.
Separuh daripada petroleum digunakan sebagai Petrol, manakala Diesel adalah 20% dan kerosene atau jet fuel adalah 8%.
Komposisi kimia Petrol adalah pelbagai bergantung kepada gred atau 'octane rating'.
'Octane Rating' menunjukkan kualiti Petrol, semakin tinggi jumlah octane dalam Petrol, semakin tinggi 'octane number' dan semakin tinggi kualiti Petrol.
Kualiti petrol yang tinggi ni adalah untuk memastikan pembakaran Petrol berlaku pada masa percikan api oleh spark plug, bukan pembakaran awal ketika dimampatkan oleh piston.
Lubricating Oil atau dipanggil minyak pelincir adalah minyak yang digunakan untuk kurangkan geseran, haba dan haus antara komponen2 mekanikal yang bersentuhan antara satu sama lain.
Lubricating Oil ni digunakan pada kenderaan bermotor sebagai 'motor oil' atau 'transmission fluid'.
Ada 2 kategori asas untuk Lubricating Oil iaitu...
- Mineral
- Sintetik
Mineral oils adalah minyak pelincir yang memang ditapis daripada minyak mentah. Ketika proses tersebut, bahan cemar semula jadi dan hydrocarbon yang tidak diperlukan disingkirkan.
Synthetic oils pula adalah minyak pelincir buatan. Ia adalah produk 'chemical transformation' yang kompleks dilakukan sama ada secara langsung pada minyak mentah atau menggunakan molekul2 yang terpilih.
Synthetic oils melalui proses 'modification' yang lebih canggih berbanding mineral oils. Digunakan untuk enjin berprestasi tinggi.
Lubricating Oil adalah sangat penting untuk operasi kenderaan sebab bila enjin dilincirkan dengan baik, piston boleh meluncur dengan mudah dan dapat mengurangkan kerja.
Kegunaan Lubricating Oil pada kereta meningkatkan 'efficiency' dan mengurangkan 'wear and tear' pada bahagian enjin yang bergerak.
Jadi, perbezaan yang ramai orang tahu secara am adalah...
Petrol diperlukan sebagai bahan bakar untuk enjin kenderaan beroperasi manakala Lubricating Oil diperlukan sebagai pelincir kepada bahagian enjin yang bergerak untuk kurangkan 'wear and tear'.
Petrol isi RM50 boleh henjut terus dari KL sampai Behoq Empiang kat Kangaq, Perlih.
Lubricating Oil enjin kereta kena tukaq setiap 10,000 jarak pemanduan. Kalo tak tukaq lama2 barai enjin kereta tu tak sampai 5 tahun rosak haha.
Martin Kiong Ye Shen - Mekanikal, Pengajar, Penulis
Credit - nfdesignengineering.com.my
Comments
Post a Comment