JOM FAHAM 'GALVANIC CORROSION'
'Galvanic Corrosion' adalah kerosakan yang terjadi bila 2 jenis logam yang berbeza bersambung dalam persekitaran yang menghakis atau 'corrosive environment'.
Juga disebut sebagai 'Bimetallic Corrosion' atau 'Dissimilar Metal Corrosion'.
Lebih spesifik merujuk kepada 2 jenis logam yang berbeza bersambung dalam 'corrosive electrolyte'.
Electrolyte adalah bahan yang mengalami 'ionization' bila dilarutkan dalam air di mana electrolyte ni menyebabkan tindakbalas antara 2 logam berbeza.
Bila 2 logam berbeza ni bersambung atau disebut sebagai 'galvanic couple', salah satu logam akan menjadi 'anode' dan satu logam lagi menjadi 'cathode'.
'Anode' akan mengalami proses kakisan atau 'corrosion' dengan lebih cepat manakala 'cathode' akan mengalami proses kakisan dengan lebih perlahan.
Bahagian yang paling teruk rosak adalah pada bahagian sambungan 2 logam berbeza tersebut.
Jom faham mekanisma cara 'Galvanic Corrosion' ni berlaku ya...
Logam dan aloi yang berbeza memiliki 'electrochemical potential' atau 'corrosion potential' yang berbeza dalam 'electrolyte' yang sama.
Bila 'electrochemical potential' untuk pelbagai jenis logam dan aloi diukur dalam 'electrolyte' yang sama contoh seperti air laut, dan disusun dalam bentuk jadual, ia membentuk 'Galvanic Series'.
Susunan 'Galvanic series' adalah seperti dibawah...
Magnesium
Zinc
Aluminum
Steel
Lead
Tin
Nickel
Brass
Bronzes
Copper
Stainless Steel (passive)
Silver
Gold
Platinum
Logam seperti Gold dan Platinum adalah lebih 'cathodic' atau disebut 'more noble', jadi lebih tahan terhadap kakisan.
Logam seperti Magnesium, Zinc dan Aluminum adalah lebih 'anodic' atau 'less noble' jadi lebih mudah terdedah kepada kakisan.
Semakin jauh perbezaan antara logam dalam 'Galvanic Series', semakin tinggi risiko untuk berlaku 'Galvanic Corrosion' bila 2 logam disambungkan dalam persekitaran menghakis.
'Potential Different' atau 'Voltage' antara 2 jenis logam berbeza adalah daya penggerak kepada kerosakan 'anode' atau logam aktif.
Arus mengalir melalui 'electrolyte' menuju ke logam 'cathode' dan logam 'anode' mula terhakis.
Conductivity electrolyte juga memberi kesan kepada proses kakisan logam 'anode'.
Antara cara untuk elakkan 'Galvanic Corrosion' adalah...
- memilih logam2 yang dekat antara satu sama lain dalam 'Galvanic Series'
- 'insulate' 2 logam yang berbeza tersebut untuk putuskan sambungan elektrikal
- 'coating' pada kedua2 logam
- meletakkan 'spacer' antara 2 logam
- menambah 'corrosion inhibitor'
Terdapat juga industri yang menggunakan 'Galvanic Corrosion' untuk panjangkan hayat aset2 tertentu. Teknik ni dipanggil sebagai 'Cathodic Protection'.
next time saya share tentang 'Cathodic Protection' pula.
Martin Kiong Ye Shen - Mekanikal, Pengajar, Penulis
Rujukan:
Website NACE - Galvanic Corrosion
Website Corrosion Clinic - Galvanic Corrosion, Bimetallic Corrosion or Dissimilar Metal Corrosion: Causes and Prevention
Comments
Post a Comment