Pada sambungan paip bebibir atau 'flanged pipe', gasket diletakkan antara 2 muka 'flanges' yang bertemu.
Gasket digunakan untuk menghasilkan kekedapan statik antara 2 muka 'flanges' untuk pelbagai operasi dengan pelbagai suhu dan tekanan.
Gasket mengisi ruang2 mikroskopik dan tidak sekata pada muka 'flange' untuk memberi kekedapan supaya cecair dan gas tidak terbocor keluar.
Jenis2 bahan gasket boleh dikategorikan kepada 3 iaitu...
- Non-metallic types
- Semi-metallic types
- Metallic types
Jom faham secara ringkas tentang ketiga2 jenis bahan gasket ni ya.
'Non-metallic gasket' biasanya adalah bahan kepingan komposit yang digunakan bersama 'flat face flanges' (FF) dan 'raised-face flanges' (RF) untuk operasi kelas tekanan yang rendah.
'Non-metallic gasket' diperbuat daripada serat aramid, gentian kaca, elastomer, Teflon atau PTFE, graphite dan lain2.
'Full-face gasket' sesuai digunakan bersama 'flat face flanges' manakala 'Flat-ring gasket' sesuai digunakan bersama 'raised face flanges'.
Boleh rujuk pada ASME B16.21 untuk 'non-metallic flat gasket' bagi jenis, saiz, bahan, dimensi, dimensional tolerances dan marking.
'Semi-metallic gasket' adalah komposit bahan logam dan bukan logam.
Bahagian logam bertindak untuk memberi kekuatan dan daya tahan manakala bahagian bukan logam memberikan kesesuaian dan kekedapan.
'Semi-metallic gasket' yang selalu digunakan adalah 'spiral wound', 'camprofile' dan pelbagai 'metal-reinforced graphite gaskets'.
'Semi-metallic gasket ' direka untuk hampir kesemua jenis keadaan, operasi suhu tinggi dan tekanan tinggi. Digunakan untuk 'raised face flange' (RF), 'male and female flange' (M&F) dan 'tongue and groove flange' (T&G).
Boleh rujuk pada ASME B16.20 untuk 'metallic gasket' dan semi-metallic gasket' bagi bahan, dimensi, dimensional tolerances dan marking.
'Metallic gasket' diperbuat daripada satu atau gabungan logam2 dengan bentuk dan ukuran yang dimahukan.
'Metallic gasket' yang sering digunakan adalah 'ring-type joint gasket' (RTJ).
'Ring-type joint gasket' direka untuk memberi kekedapan melalui tindakan mengikat antara 'flanges' yang bertemu dan gasket.
Dengan cara menekan permukaan kedap tersebut menggunakan 'bolt' atau selak yang mengapit kedua2 permukaan, 'metallic gasket' memberikan kekedapan yang lebih ketat dan berkesan.
'Ring-type joint gasket' digunakan untuk operasi tekanan tinggi dan suhu tinggi yang memerlukan kekedapan kuat.
Boleh rujuk pada ASME B16.20 untuk 'metallic gasket' dan semi-metallic gasket' bagi bahan, dimensi, dimensional tolerances dan marking.
Okay itu sahaja secara ringkas tentang penerangan gasket ni ya.
Moga bermanfaat, thanks!
Martin Kiong Ye Shen - Mekanikal, Pengajar, Penulis

Credit - nfdesignengineering.com.my


Comments

Popular Posts