APA ITU 'TURBOMACHINERY'
'Turbomachine' adalah alat yang mengeluarkan atau menyampaikan tenaga kepada bendalir sama ada cecair atau gas yang mengalir secara berterusan.
Secara asasnya jika alat tersebut mengeluarkan tenaga daripada bendalir ia dipanggil sebagai 'turbines'.
Jika alat tersebut menyampaikan tenaga kepada bendalir ia dipanggil sebagai 'compressor', 'fan', 'blower' atau 'pump' bergantung pada bendalir yang digunakan dan perubahan tekanan yang terjadi.
Jadi, 'turbomachinery' ni adalah nama am kepada semua turbine, compressor, fan, blower dan pump tersebut.
Jom faham cara 'turbomachinery' berkerja...
Pemindahan tenaga berlaku bila satu atau lebih bilah berpusing.
Tindakan dinamik bilah yang berpusing tersebut menghasilkan daya antara bilah dan bendalir.
Komponen2 daya pada arah pergerakan bilah menyebabkan perpindahan tenaga dari bilah ke bendalir.
Jenis 'turbomachine' terbahagi kepada 2 kategori iaitu...
- work is done by the fluid
- work is done by the rotating member
'Work is done by the fluid' bermaksud bendalir tersebut memindahkan tenaga kepada bilah contoh seperti...
- axial flow hydraulic turbine
- radial flow hydraulic turbine
- mixed flow hydraulic turbine
- axial flow gas turbine
'Work is done by the rotating member' bermaksud bilah memindahkan tenaga kepada bendalir contoh seperti...
- Axial Flow Pump
- Centrifugal Pump
- Axial Flow Compressor
- Centrifugal Compressor
- Radial Flow fan
'Turbomachinery' ni memainkan peranan penting dalam industri seperti power generation, oil & gas, aeronautics, HVAC, chemical processing, healthcare dan automotive.
'Turbine' digunakan untuk penjanaan tenaga elektrik seperti di...
- steam turbine power plants
- gas turbine power plants
- wind turbines
'Pump' digunakan untuk mengangkut air dalam sistem bekalan air.
'Pump' digunakan untuk mengangkut minyak dan 'compressor' digunakan untuk mengangkut gas dalam sistem rangkaian paip.
'Gas turbine engines' digunakan untuk kapal terbang sama ada dalam bentuk turbo-prop atau turbo-fan engines dan juga melalui gearbox untuk enjin helikopter.
Kita ambil contoh centrifugal pump.
Centrifugal Pump adalah 'work is done by the rotating member' kerana ia terdiri daripada 'impeller' yang menghasilkan daya emparan untuk menolak cecair keluar melalui discharge/outlet.
Impeller tersebut dipusingkan oleh rotor pada electrical motor.
Untuk gas turbine pula.
Gas turbine adalah 'work is done by the fluid' kerana bilah gas turbine perlu dipusingkan bagi membolehkan 'alternator' menjana tenaga elektrik.
Gas panas bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi hasil pembakaran dalam 'combustion chamber' melepasi pada celahan bilah2 gas turbine menyebabkan bilah berpusing dan shaft juga berpusing.
Alright, moga perkongsian saya bermanfaat, thanks!
Martin Kiong Ye Shen - Mekanikal, Pengajar, Penulis
Credit - nfdesignengineering.com.my
Comments
Post a Comment